Sunday, 23 October 2016

PERISTIWA 13 MEI 1969

PERISTIWA 13 MEI 1969

LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 Mei 1969.

Pada tarikh 13 Mei 1969,telah tercetus satu peristiwa hitam di mana berlakunya rusuhan kaum yang terjadi antara kaum MELAYU dan kaum CINA. Peristiwa ini merupakan kemuncak masalah perpaduan kaum di Malaysia.
     Peristiwa ini berlaku setelah kempen Pilihan Raya 1969 diadakan. Masalah ini tercetus disebabkan calon-calon dari kalangan parti pembangkang telah membangkitkan isu-isu sensitif orang Melayu semasa kempen tersebut . Antara isunya ialah :-

1.            Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
2.            Kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputra
3.            Hak kerakyatan orang bukan melayu

    Pada pilihanraya umum 1969,Parti Perikatan terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC manakala parti pembangkang terdiri daripada Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan.  Parti perikatan gagal dengan majoriti memperolehi 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Parti pembangkang menganggap hal ini merupakan satu kemenangan besar buat mereka.

      Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang telah meraikan kemenangan mereka dengan mengadakan perarakkan pada 11 Mei 1969. Pada asalnya,perarakkan tersebut bukanlah bertujuan untuk membangkitkan isu-isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut yang tidak dikenali asal-usulnya telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif yang berkenaan dengan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan raya sekitar Bandaraya Kuala Lumpur pada 11 Mei.

      Pada 12 Mei 1969, perarakan turut diadakan  oleh kaum Cina menerusi kawasan orang Melayu dan mereka telah melontarkan kata-kata penghinaan terhadap orang Melayu. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina telah mendapatkan permit daripada pihak berkuasa bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.

      Namun mereka telah menukar arah laluan dan mereka meneruskan perarakan dengan melalui kawasan orang melayu di Kampung Baru.Sesetengah penunjuk perasaan telah membawa penyapu dan dikatakan penyapu merupakan simbol mengusir orang melayu dari Kuala Lumpur sementara yang lain meneriak slogan mengenai tenggelamnya kapal Parti Perikatan. Dalam masyarakat Melayu,penyapu mempunyai konotasi yang negative iaitu ‘sial’. Pada masa yang sama, terdapat segelintir daripada mereka mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang melayu yang berada di tepi-tepi jalan.

     Rusuhan ini berterusan sehingga 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakkan mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas kelakuan pengikut mereka. Namun, Menteri Besar Selangor ,Dato’ Harun Idris telah mengumumkan perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan diadakan pada pukul 7.30 petang pada 13 Mei 1969.

PERARAKAN KEMATIAN

        Kematian seorang kaum Cina akibat sakit sakit tua telah diarak sepanjang jalan dengan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Namun perarakan tersebut bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina kaum Melayu.

 RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR DAN RUSUHAN KAUM YANG PERTAMA

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969 yang mencetuskan peristiwa ini. Pada rancangan asal,perarakan balas tersebut akan diadakan pada 13 Mei , Selasa, 7.30 petang, tetapi,kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di hadapan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi.

      Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan ini mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai UMNO dengan membalig botol kaca dan batu ke arah mereka.

      Hal ini telah sampai kepada orang Melayu yang berkumpul di Kampung Jalan Raja Muda dan mereka telah menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan Keris.Selain itu, mereka turut membakar rumah-rumah kedai serta kendraan di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Orang Cina yang terserempak telah dibunuh. Menurut laporan majalah TIME, terdapat 8 orang Cina terbunuh alam rusuhan kaum yang pertama.

      Tentera dari askar Melayu telah dikerah  menjaga keselamatan di sekitar Kuala Lumpur. Pasukan FRU dikeluakan dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk mengambil alih kawalan. Terdapat beberapa tindakan yang telah diambil oleh Askar Melaya. Antaranya ialah :-
1.          Perintah berkurung 24 jam (curfew order) yang diumumkan melalui radio
2.           Perintah tembak dikeluarkan oleh Ketua Polis Mat Salleh
3.           Sesiapa yang berada di luar rumah setelah pukul 10 malam, ditembak mati

       Pada Hari seterusnya,pihak Hospital Kuala Lumpur telah melorkan terdapat 493 orang tercedera. Namun, dipercayai masih ramai bilangan orang yang tercedera tidak melaporkan kecederaan mereka.  Kebanyankkan mayat yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat berada dalam keadaan yang tidak sempurna.


PANGGUNG ODEON

          Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon,di Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur. Terdapat beberapa iklan disiarkan dalam Bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh kaum Cina keluar daripanggung tersebut. Penonton-penonton daripada kalangan kaum Melayu yang tidak memahami bahasa Cina telah diserbu oleh pemuda-pemuda Cina tersebut dan dan mereka diserang sehingga penonton dari kaum Melayu disembelih.

     Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang askar Melayu. Di pasar pula,askar Melayu telah menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka.

     PENGAJARAN

       Ada yang menyifatkan pergaduhan ini merupakan pergaduhan politik.Oleh itu,peristiwa ini haruslah dijadikan iktibar untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia kerana Negara kita merupakan negara yang berbilang kaum.Di samping itu,kita perlulah saling menghormati antara semua kaum. Tanpa nilai persefahaman,tolenrasi dan hormat-menhormati, negara kita tidak akan aman.

      Pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlaku serta untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.Antara langkahnya ialah :-
1.           Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan pada tahun 1970
2.           Bahasa Malaysia menjadi bahasa Pengantar di sekolah-sekolah
3.           Kerajaan telah membentuk satu lagi kementerian iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan ditukarkan kepada Lembaga Perpaduan Negara yang menentukan aktiviti untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

4.        Dasar Kebudayaan diwujudkan sebagai langkah dan usaha mengekalkan perpaduan.

No comments:

Post a Comment