PENGAJARANNYA
PERISTIWA 13 MEI 1969 IALAH:
1)Kehilangan nyawa dan harta benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak
menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara
kaum Melayu dan Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah
paling malang lagi ialah nyawa yang terkorban. Kejadian seperti ini
meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara yang
terlibat.
2)Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan
terpaksa mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan
pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan
mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kepada kesan yang buruk
terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kerana
ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti
menjalankan perniagaan,susah berinteaksi dan saling berhubungan antara kaum.
Selain itu,segala aktiviti harian masyarakat tersekat
3) Keuntungan kepada musuh-musuh negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah
menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan
peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai
taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada
peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan
rakyat yang berbilang kaum berpecah belah akibat daripada rasa tidak puas hati
dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman. Antara contoh yang boleh
dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka ditangan
penjajah Portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan
penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing
Barat Jordan oleh kuasa Israel, dan penindasan secara kejam terhadap rakyat
Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini.
4) Perpaduan Nasional
Tragedi
peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan
kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat
sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum
bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara
satu sama lain. Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat
menghormati, bertolak ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang
terkeji seperti dengki, iri hati, dan sifat curiga di antara kaum. Dengan
terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya, dan pegangan agama di Malaysia
maka, peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran
tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum melayu
yang merupakan penduduk asal bagi negara ini. Oleh itu kaum-kaum lain yang
tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum melayu dan
mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat. Pendek kata,
tanggungjawab perpaduan kaum adalah tanggungjawab semua pihak.
5) Keadilan Ekonomi
Tragedi
13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai
jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan. Ianya menjadi lebih sukar jika
majoriti kadar kemiskinan penduduk itu pada satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi
dan demografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti penduduk bumiputera
tinggal di luar bandar kebanyakannya adalah berpendapatan rendah dan miskin.
Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam masyakarat Malaysia khususnya
masyarakat bumiputera untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu,
selepas 13 Mei, satu langkah pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru(DEB)
telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang
(1970-1990) yang mempunyai dua objektif utama iaitu :
- · Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
- · Menyusun semula rakyat
Dasar ini tidak bertujuan untuk
merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain
sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara
golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objektif yang lain ialah
menghapuskan identity pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam
masyarakat Malaysia.
No comments:
Post a Comment