Sunday, 23 October 2016

RUJUKAN


RUJUKAN

     1.     ms.m.wikipedia.com
2.     Buku Teks Pengajian Malaysia edisi Politeknik

3.     Image Google






GAMBAR RAJAH DAN PETIKAN


ANTARA PAPARAN BERITA PERISTIWA 13 MEI 1969










PENGAJARAN II

PENGAJARANNYA PERISTIWA 13 MEI 1969 IALAH:

1)Kehilangan nyawa dan harta benda

         Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah paling malang lagi ialah nyawa yang terkorban. Kejadian seperti ini meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara yang terlibat.


2)Perintah Berkurung

         Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kepada kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan,susah berinteaksi dan saling berhubungan antara kaum.   Selain itu,segala aktiviti harian masyarakat tersekat


3) Keuntungan kepada musuh-musuh negara

         Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah belah akibat daripada rasa tidak puas hati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman. Antara contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka ditangan penjajah Portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordan oleh kuasa Israel, dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini.


4) Perpaduan Nasional

         Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan 
kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat menghormati, bertolak ansur, bertoleransi  dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti dengki, iri hati, dan sifat curiga di antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya, dan pegangan agama di Malaysia maka, peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini. Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat. Pendek kata, tanggungjawab perpaduan kaum adalah tanggungjawab semua pihak.


5) Keadilan Ekonomi

           Tragedi 13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan. Ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu pada satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti penduduk bumiputera tinggal di luar bandar kebanyakannya adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam masyakarat Malaysia khususnya masyarakat bumiputera untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu, selepas 13 Mei, satu langkah pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru(DEB) telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990) yang mempunyai dua objektif utama iaitu :

  • ·        Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
  • ·        Menyusun semula rakyat


         Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objektif yang lain ialah menghapuskan identity pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.


PENGAJARAN I

Pengajian Malaysia :-
Pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969

         Pergaduhan kaum antara orang Melayu dan orang Cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendung lagi. Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya tahun 1969 selesai diumumkan. 13 Mei 1969, tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan,negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara 5 pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar oleh rakyat Malaysia ialah : 

·          Kehilangan nyawa dan harta benda
·           Perintah berkurung
·         ·       Keuntungan kepada musuh-musuh negara
·               Perpaduan nasional
·            Keadilan ekonomi 


PERISTIWA 13 MEI 1969

PERISTIWA 13 MEI 1969

LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 Mei 1969.

Pada tarikh 13 Mei 1969,telah tercetus satu peristiwa hitam di mana berlakunya rusuhan kaum yang terjadi antara kaum MELAYU dan kaum CINA. Peristiwa ini merupakan kemuncak masalah perpaduan kaum di Malaysia.
     Peristiwa ini berlaku setelah kempen Pilihan Raya 1969 diadakan. Masalah ini tercetus disebabkan calon-calon dari kalangan parti pembangkang telah membangkitkan isu-isu sensitif orang Melayu semasa kempen tersebut . Antara isunya ialah :-

1.            Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
2.            Kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputra
3.            Hak kerakyatan orang bukan melayu

    Pada pilihanraya umum 1969,Parti Perikatan terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC manakala parti pembangkang terdiri daripada Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan.  Parti perikatan gagal dengan majoriti memperolehi 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Parti pembangkang menganggap hal ini merupakan satu kemenangan besar buat mereka.

      Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang telah meraikan kemenangan mereka dengan mengadakan perarakkan pada 11 Mei 1969. Pada asalnya,perarakkan tersebut bukanlah bertujuan untuk membangkitkan isu-isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut yang tidak dikenali asal-usulnya telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif yang berkenaan dengan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan raya sekitar Bandaraya Kuala Lumpur pada 11 Mei.

      Pada 12 Mei 1969, perarakan turut diadakan  oleh kaum Cina menerusi kawasan orang Melayu dan mereka telah melontarkan kata-kata penghinaan terhadap orang Melayu. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina telah mendapatkan permit daripada pihak berkuasa bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.

      Namun mereka telah menukar arah laluan dan mereka meneruskan perarakan dengan melalui kawasan orang melayu di Kampung Baru.Sesetengah penunjuk perasaan telah membawa penyapu dan dikatakan penyapu merupakan simbol mengusir orang melayu dari Kuala Lumpur sementara yang lain meneriak slogan mengenai tenggelamnya kapal Parti Perikatan. Dalam masyarakat Melayu,penyapu mempunyai konotasi yang negative iaitu ‘sial’. Pada masa yang sama, terdapat segelintir daripada mereka mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang melayu yang berada di tepi-tepi jalan.

     Rusuhan ini berterusan sehingga 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakkan mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas kelakuan pengikut mereka. Namun, Menteri Besar Selangor ,Dato’ Harun Idris telah mengumumkan perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan diadakan pada pukul 7.30 petang pada 13 Mei 1969.

PERARAKAN KEMATIAN

        Kematian seorang kaum Cina akibat sakit sakit tua telah diarak sepanjang jalan dengan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Namun perarakan tersebut bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina kaum Melayu.

 RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR DAN RUSUHAN KAUM YANG PERTAMA

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969 yang mencetuskan peristiwa ini. Pada rancangan asal,perarakan balas tersebut akan diadakan pada 13 Mei , Selasa, 7.30 petang, tetapi,kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di hadapan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi.

      Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan ini mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai UMNO dengan membalig botol kaca dan batu ke arah mereka.

      Hal ini telah sampai kepada orang Melayu yang berkumpul di Kampung Jalan Raja Muda dan mereka telah menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan Keris.Selain itu, mereka turut membakar rumah-rumah kedai serta kendraan di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Orang Cina yang terserempak telah dibunuh. Menurut laporan majalah TIME, terdapat 8 orang Cina terbunuh alam rusuhan kaum yang pertama.

      Tentera dari askar Melayu telah dikerah  menjaga keselamatan di sekitar Kuala Lumpur. Pasukan FRU dikeluakan dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk mengambil alih kawalan. Terdapat beberapa tindakan yang telah diambil oleh Askar Melaya. Antaranya ialah :-
1.          Perintah berkurung 24 jam (curfew order) yang diumumkan melalui radio
2.           Perintah tembak dikeluarkan oleh Ketua Polis Mat Salleh
3.           Sesiapa yang berada di luar rumah setelah pukul 10 malam, ditembak mati

       Pada Hari seterusnya,pihak Hospital Kuala Lumpur telah melorkan terdapat 493 orang tercedera. Namun, dipercayai masih ramai bilangan orang yang tercedera tidak melaporkan kecederaan mereka.  Kebanyankkan mayat yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat berada dalam keadaan yang tidak sempurna.


PANGGUNG ODEON

          Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon,di Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur. Terdapat beberapa iklan disiarkan dalam Bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh kaum Cina keluar daripanggung tersebut. Penonton-penonton daripada kalangan kaum Melayu yang tidak memahami bahasa Cina telah diserbu oleh pemuda-pemuda Cina tersebut dan dan mereka diserang sehingga penonton dari kaum Melayu disembelih.

     Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang askar Melayu. Di pasar pula,askar Melayu telah menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka.

     PENGAJARAN

       Ada yang menyifatkan pergaduhan ini merupakan pergaduhan politik.Oleh itu,peristiwa ini haruslah dijadikan iktibar untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia kerana Negara kita merupakan negara yang berbilang kaum.Di samping itu,kita perlulah saling menghormati antara semua kaum. Tanpa nilai persefahaman,tolenrasi dan hormat-menhormati, negara kita tidak akan aman.

      Pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlaku serta untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.Antara langkahnya ialah :-
1.           Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan pada tahun 1970
2.           Bahasa Malaysia menjadi bahasa Pengantar di sekolah-sekolah
3.           Kerajaan telah membentuk satu lagi kementerian iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan ditukarkan kepada Lembaga Perpaduan Negara yang menentukan aktiviti untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

4.        Dasar Kebudayaan diwujudkan sebagai langkah dan usaha mengekalkan perpaduan.

KATA-KATA ALUAN

KATA-KATA ALUAN 

Assalamualaikum.

       Kami merupakan pelajar jurusan Diploma Kejuteraan Awam dari kelas DKA1C di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Pahang (POLISAS) ingin mengucapkan selamat datang ke Blog yang telah kami wujudkan bagi menjalankan salah satu tugas yang diberikan oleh pensyarah kepada kami iaitu En. Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi. Dan ucapan terima kasih kami berikan kepada beliau atas bimbingan yang diberikan.

       Selain itu,dalam blog ini, kami telah berkongsi beberapa peristiwa yang terjadi pada 13 MEI 1969 dimana telah belakunya satu rusuhan kaum yang terjadi antara kaum Melayu dan kaum Cina . Kami telah perolehi latar belakang peristiwa ini dari beberapa sumber . Jadi, teruskan membaca !



Cover Page




DUB1012 :
PENGAJIAN MALAYSIA
(GALURKAN TRAGEDI 13 MEI 1969 SEBAGAI IKHTIBAR KEPADA NEGARA DALAM MENINGKATKAN PERPADUAN NASIONAL RAKYAT BERBILANG KAUM DAN AGAMA)


Pensyarah:
EN. MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

Disediakan oleh:
NAMA
NO MATRIKS
NURUL AFIQAH BT AB KARIM
02DKA16F1046
NUR AISYAH MAJIDAH BT ALI
02DKA16F1058
NUR FADHILAH BT ROZI
02DKA16F1007
NOR DIANA BT MOHAMED ANUAR
02DKA16F1054
NOR MADIANA BT MOHAMAD
02DKA16F1042
NUR AFIQAH AQILAH BT ZAMRU
02DKA15F1082